Disclaimer
![]() Hey peeps. You're entering in my corner. So please be nice. I am just me. simple person. Tagboard Credits
| Kaca dan Permata
Kau dan akuSifat dan juga tingkah laku kita sangat berbeza Sifat kasar kau dan juga sifat lembut aku Cara kau yang suka berterus terang dan juga cara aku yang suka memendam Ya. Aku memendam kerana aku banyak terluka. Tidak mahu untuk berterus terang dengan kau tentang apa yang aku rasa. Tidak mahu untuk melukakan hati kau walaupun diri ini sudah banyak terluka. Kau dengan ego kau. Ego yang sukar untuk dibendung. Aku dengan silap aku. Kesilapan yang tak pernah putus dibuat. Kesilapanku. Keegoanmu. Tapi, kita masih ada peluang untuk perbaiki kekurangan masing-masing. Walaupun sifat kita berbeza, itulah yang jadi penguat untuk saling melengkapi. Jauh dalam sudut hati agar kita berdua berubah untuk hubungan ini. Semoga bertemu jodoh antara kita. |