Never Perfect

Disclaimer


Hey peeps. You're entering in my corner. So please be nice. I am just me. simple person.

Entries About Link Tuto

Tagboard

Leave Your Footprint Here




Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Coretan Sedih
Di entry kali ini, ingin aku meluahkan segala apa yang aku rasa. Rasa yang amat berat. Putus cinta? Ye mana2 pasangan pun akan merasai putus cinta jika tak serasi dengannya. Bukan sengaja aku ingin meninggalkan dia. Jujur teramat berat untuk melepaskan seseorang yang amat aku sayang. Jalinan perhubungan yang tercipta sejak 5 tahun lalu dan akhirnya terkandas jua. Sayang kan? Kita kenal lama manapun kalau Allah kata itu bukan jodoh kau, tetap tak boleh bersama dengannya. Walaupun dah rancang macam-macam dengan dia, semuanya musnah. Yang paling sedihnya, tiada siapa yang faham aku kenapa aku buat keputusan sebegitu. Betullah kata orang. Bukan semua orang boleh terima kita seadanya dengan ikhlas. Segala kekurangan kita, segala cacat cela yang ada pada diri kita, segala perangai kita tak semua orang boleh terima. Ye aku mengaku yang diri aku ini seorang yang membosankan. Tak kisahlah kepada sesiapapun. Aku menyangkakan kaulah yang terbaik. Yang boleh terima segala flaws aku. Rupanya tidak. Sangkaan aku salah sebenarnya. Kau juga sama dengan yang lain. Aku umpama boneka bagi kau. Mungkin aku ini hanya wujud untuk status kau. Hakikatnya aku tiada rasa kasih dari seorang lelaki yang betul-betul aku sayang. Sehinggakan aku buta dalam aku menyayangi seseorang. Sehinggakan aku jadi bodoh dengan diri sendiri. Kenapa kau tak pernah nak menghargai aku wahai sang kekasih? Aku sedih dianggap sebegitu. Kau meletakkan segala kesalahan atas bahu aku. Kenapa selama tempoh perpisahan kita tiada sedikitpun untuk kau muhasabah diri? Fikirkan apa yang kurang dalam diri kau?

Manisnya sebuah pertemuan. Pahitnya sebuah perpisahan. Itu yang aku cuba kuatkan sekarang. Kau membawa pergi diri kau jauh dari semua  yang aku sendiri tidak mampu untuk bahasakan dan takkan kau toleh lagi. Jauh dari lubuk hati ini ingin aku madahkan kata-kata rindu buat dirimu. Namun apalah  dayaku  hanya mampu mendoakan kau agar kau sentiasa selamat dunia akhirat. Semuanya menjadi kaku antara kita. Tiada lagi kemesraan mahupun sebagai sahabat. Hanya bertemankan sepi dan sebuah kenangan silam yang tak mampu aku lemparkan jauh. 

Semoga awak bahagia dengan apa yang patut awak miliki dari dulu. Maafkan saya kerana tiba-tiba ada dalam ceita perjalanan hidup awak yang tak sepatutnya ada saya.






Older Post